Tamadun Cina
Tamadun Cina yang
dipengaruhi kuat oleh falsafah Konfusius memandang rendah kepada golongan
pedagang kerana menganggap golongan ini sentiasa terlibat dengan penipuan dan
keuntungan yang dilihat sebagai elemen-elemen buruk. Justeru itu, fahaman ini
lebih memberi perhatian kepada golongan petani.
Tamadun Barat
Tamadun Barat yang
berasaskan pemikiran sekular dan ideologi manusia memperkenal sistem ekonomi
kapitalis yang lebih mengutamakan keuntungan material dan kebangkitan individu
atau kumpulan tertentu sebagai kuasa pasar. Sistem ini berdasarkan teori Adam
Smith (1723-1790M). Bagi Smith, sistem pengeluaran sesebuah negara terdiri
daripada tiga unsur iaitu sumber alam, sumber manusia dan stok barang (kapital)
yang ada. Hal ini jelas dibicarakan dalam bukunya Wealth of Nation (1776) yang
menghuraikan secara terperinci pertumbuhan ekonomi kapitalis (Boediono,
1982:14). Pengamalan sistem ekonomi kapitalis telah mendorong ke arah penubuhan
institusi kewangan atau bank di Barat seawal tahun 1587M.
Tamadun India
Tamadun India yang
diasaskan kepada agama Hindu membahagikan manusia kepada empat golongan atau
tingkat tertentu iaitu golongan Brahmin, Kesatriya, Vaisya dan Sudra.
Kekeluargaan dalam
Tamadun Melayu pula berasaskan kepada fahaman ajaran Islam. Hubungan yang
terjalin antara ahli keluarga begitu erat. Ibu, bapa, anak-anak dan sanak
saudara menjalankan tugas dan memahami tanggungjawab masing-masing. Fahaman
mengenai setiap tanggungjawab amat berkait rapat dengan ajaran agama Islam.
Sebagai contohnya, tanggungjawab bapa mencari rezeki dan memberi perlindungan
kepada keluarga terlaksana dengan jayanya. Demikian juga tanggungjawab ibu
mendidik anak ditunaikan dengan sempurna.
Nilai yang ditekankan
dalam tanggapan seperti di atas sebenarnya hanya terjurus kepada nilai ekonomi
yang ada dalam ajaran Konfusius. Falsafah Konfusius dijadikan sandaran dan
disesuaikan mengikut kehendak pemuka awal konsep Nilai Asia. Hasilnya, nilai
etika dan sosial yang lebih menyeluruh telah diabaikan. Penonjolan nilai-nilai
dari tradisi agama Asia yang lain khususnya Islam dan Hindu mula dibicarakan
secara lebih meluas kerana setiap agama pada asasnya mempunyai kekuatan
masing-masing dalam memperkatakan soal moral, etika, kekeluargaan, politik dan
lain-lain.
No comments:
Post a Comment